Sulit
3 tahun
Tangan kerap berpeluh
tapak tangan sy kerap berpeluh cthnya nk menulis or bersalaman…adakah ad cara atau ubat untuk kurangkan masalah ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang tangan kerap berpeluh.
Untuk pengetahun anda, kondisi ini dipanggil hiperhidrosis. Masalah ini berpunca daripada saraf kelenjar peluh yang terlebih aktif di bahagian tangan atau kaki. Rawatan sebenar bagi kondisi ini melalui pembedahan ke atas urat saraf yang terlibat.
Antara cara lain bagi mengatasi masalah ini adalah:
- Kerap membasuh tangan
- Menyediakan handkerchief
- Elakkan persekitaran terlalu panas atau terlalu sejuk
- Gunakan lotion yang mengandungi antiperspirant
Sekiranya kondisi ini mengganggu aktiviti harian anda, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan konsultasi selanjutnya.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.