
Sulit
4 tahun
Tangan panas seperti terbakar
Assalammualaikum Dr. tangan saya terqsa sakit dan l panas seperti terbakar. Bila rendam dlm air pun air terasa suam sedangkan air sejuk je. Sudaah 1 hari begini. Bagaimana nak hilangkan rasa terbakar dan apakah punca rasa panas ini Dr?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu tangan rasa terbakar dan panas. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Carpal tunnel syndrome
- Saraf terhimpit (nerve entrapment)
- Saraf diabetik (diabetic neuropathy)
- Kecederaan pada tangan atau jari
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu juga boleh mengakibatkan kebas pada bahagian jari dan tangan
Bagaimanapun, untuk mengetahui atau menganalisa punca sebenar serta rawatan yang tepat kepada masalah anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih