Anonymous
2 tahun
Tapak kaki kanan dibawah jari sakit meyucuk
Saya wanita berumur hampir 50tahun mendapat sakit di tapak kaki kanan bahagian bawah jari dan tengah tapak kaki. Kaki terasa menyucuk sehingga kadang2 sukar untuk berjalan. Sakit tidak mengira masa dan saya cuma mampu mengurut tapak kaki untuk hilangkan kesakitan. Saya tidak ada masalah kesihatan kritikal seperti diabetes, @ darah tinggi. Apakah sebenarnya penyakit ini dan apa yg perlu saya lakukan?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya.Antaranya ialah:
- Plantar fasciitis
- Sakit di bahagian jari-jari kaki
- Bunion
- Metatarsalgia (inflamasi yang berdekatan dengan tulang-tulang jari kaki)
- Morton’s neuroma (penebalan tisu di sekitar saraf-saraf yang berdekatan dengan bahagian bawah jari kaki, Sangat biasa terjadi dalam kalangan wanita kerana memakai kasut tumit tinggi atau kasut yang ketat)
- Tapak kaki rata
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah sakit tapak kaki dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian.Sila klik link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima Kasih.