
azharchepa80.ac
4 tahun
Tapak kaki selalu sejuk
Salam, tapak kaki saya selalu sejuk walaupun kena angin @ hawa dingin, saya selalu pakai stoking, masalah ni dah 1 tahun jadi sampai sekarang

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala tapak kaki atau jari kaki mudah berasa sejuk boleh disebabkan oleh gejala dikenali sebagai fenomena Raynoud. Hal ini boleh terjadi atas beberapa sebab seperti:
- Penyakit Raynaud
- Kesan ubat seperti ubat kelas “Calcium Channel Blocker”, “Beta Blocker”
- Kesan penyakit seperti SLE, Sjogren, Scleroderma
Selain itu, gejala kaki mudah berasa sejuk juga boleh disebabkan anemia (kurang sel darah merah) ataupun penyakit hipotiroid. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.