Sulit
4 tahun
Termakan bahulu bercendawan
Selamat sejahtera doktor,
Jika kita termakan makanan yang sudah bercendawan apakah yang akan berlaku?
Adakah ia akan membawa kemudaratan yang teruk?
Terima kasih.
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, memakan makanan yang telah melepasi tarikh luput atau yang dah tercemar kepada kuman boleh menyebabkan keracunan makanan. Antara simptom keracunan makanan adalah:
- sakit perut
- kekejangan perut
- loya
- muntah
- cirit birit
- demam
Jika anda mengalami simptom-simptom yang saya terangkan seeloknya anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Namun begitu ini hanyalah keterangan am dalam masalah anda, kesimpulan sesuatu penyakit hanya boleh dilakukan melalui pemeriksaan bersama doktor. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.