
Sulit
4 tahun
Adakah anak saya perlu tukar susu?
Saya ada bayi berusia 3bulan+ . Anak saya fm. Saya nak tanya adakah bayi dia boleh rasa tetiba tanak minum susu disebabkan dia dah tak suka susu tu. Cth anak saya dia minum ducth bby, tiba² dia tolak botol tanak minum susu. Tapi dia dah minum 4/5 jam lepas. Adakah dia masih kenyang? atau mungkin dia dah tak suka susu ducth bby tersebut? Banyak kli jugak terjadi. Adakah saya perlu tukar susu? Atau itu hanya perangai bayi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, kemungkinan tindak balas bayi anda terhadap susu formula yang diberi adalah disebabkan bayi anda sudah kenyang meminum susu tersebut. Namun perkara ini adalah amatlah subjektif bagi setiap bayi. Kadangkala ia juga boleh disebabkan oleh tabiat bayi tersebut dimana bayi anda tidak selesa dengan pemberian susu formula melalui botol, dan lebih selesa dengan susu badan. Ia juga boleh berkait dengan perisa atau rasa susu tersebut ataupun tidak.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Pada biasanya, bayi yang berumur lebih dari 3 bulan memerlukan penyusuan pada setiap 3-4 jam, dalam 150 gram sehari. Anda boleh mencuba untuk memberi susu payu dara dan melihat kesan tersebut terhadap tabiat penyusuan bayi anda. Penyusuan badan adalah baik untuk bayi anda kerana ia akan membantu pembinaan sistem pertahanan imun mereka.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.