
Sulit
4 tahun
Anak 1tahun kuat muntah muntah
Anak saya berumur 1tahun lebih… Dan dalam berapa hari ini dia kerap muntah air berwarna putih besar ta segala isi makanan… Ketika dia minum susu diakan muntah…ketika dia menangis diakan muntah juga… Apa perlu sya lakukan dan kenapa lah anak sya??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sering muntah yang anak anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah kerap muntah pada kanak-kanak boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- jangkitan kuman di dalam sistem pencernaan
- alahan kepada sesuatu makanan dan bahan
- keracunan
- masalah usus
- jangkitan kuman yang lain
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anak anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih