
Sulit
4 tahun
Badan panas dan sakit kepala semasa period
Salam Sejahtera,
Saya berumur 27 tahun dan masih bujang. Saya mengalami badan panas semasa period. Saya telah cek suhu dan suhu saya adalah normal. Adakah itu keadaan yang biasa dialami oleh semua orang. Saya juga kerap mengalami sakit kepala semasa period. Mohon Dr beri penerangan.
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah yang anda alami berkemungkinan disebabkan oleh gejala PMS (pre-menstrual syndrome). Hal ini berlaku disebabkan oleh perubahan hormon ketika haid. Antara gejala lain yang dialami ketika PMS adalah:
Fizikal: lemah, letih, jerawat, sakit kepala, punggung, perut bawah, dan payudara, gangguan saluran penghadaman (mual, muntah, kembung, cirit-birit), dan sering lapar.
Gejala mental: moody, mudah tersinggung, depresi, cemas, gangguan konsentrasi, dan insomnia.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.