
Sulit
4 tahun
Bayi 1 tidak berak selama beberapa hari
bayi kerap kentut dan kencing tapi tak berak selama 3 hari. Bayi saya menyusu badan sepenuhnya.Tolong beri saya solusi untuk pertanyaan ini?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Untuk pengetahuan anda, jika bayi tidak berak dalam selama 3 hari, anda perlu membawanya ke klinik berdekatan dan mendapatkan rawatan. Secara amnya, masalah ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- jangkitan kuman pada saluran pencernaan
- inflamasi/irirtasi/luka pada kawasan dubur
- alergi atau alahan makanan atau susu
- gangguan enzim tubuh (jarang)
- penyakit lain di saluran pencernaan
Anda sangat digalakkan untuk bertemu dengan doktor secepatnya. Di samping itu, anda harus memastikan bahawa bayi anda terhidrasi secukupnya.
Anda masih boleh meneruskan breast feeding walaupun bayi demam. Tambahan lagi, anak bayi sangat digalakkan untuk mendapat susu ibu sehingga umur 6 bulan, ini adalah kerana khasiat yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat dibandingkan dengan zat-zat dari mana-mana susu tepung.
Dapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk si manja anda. Klik disini untuk dapatkan bantuan.