
Sulit
3 tahun
Bayi kerap minum susu formula .Jarak masa antara 1 jam lebih ke 2 jam setiap kali penyususan untuk bayi berumur 1 bulan .Adakah susu formula itu mudah dihaadam atau tidak cukup nutrisi
hi docter.Bayi sy skrg berumur 1 bulan .Saya menyusu campur susu badan susu formula iaitu frisolac Ar.Biasanya,jika bayi menyusu badan bayi akan lebih kerap minum.Apa yg mnjadi kerisauan sy adlh bayi saya kerap minum susu formula hampir 2 jam sekali atau 1 jam lebih .Bayi sy minum 70 ke 80 ml sekali penyususan.Adakah ini normal atau bayi sy kerap lapar kerana tidak mndapat nutrisi yg cukup?perlukah sy mencari susu formula lain ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, biasanya bayi berusia bawah 6 bulan digalakkan untuk minum susu badan sahaja, ia dapat memberikan nutrisi yang terbaik untuk bayi. Walaupun begitu, banyak susu formula kini juga boleh digunnakan mengikuti permintaan anda.
Bayi berusia bawah 6 bulan juga kerap minum susu, termasuk susu badan dan susu formula, biasanya dalam jangka masa 2 hingga 3 jam. Isipadu susu yang diperlukan berbeza antara setiap bayi, biasanya 60ml hingga 110ml untuk umur 1 bulan dan tambah 20ml hingga 30ml untuk setiap bulan usia bayi anda. Sekiranya bayi anda menagis dan ingin minum susu, menyusukan dia secara biasa, jangan risau.
Selain itu, sila rujuk kepada buku bayi anda dan follow-up di klinik kesihatan atau hospital mengikuti tarikh dan lokasi yang diberikan. Ini amat penting sebab doktor akan bertimbang, memeriksa serta memberikan vaksinasi kepada bayi anda supaya dia tidak jatuh sakit dan dapat pertumbuh sihat.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.