
Sulit
3 tahun
Bayi kurang makan dan menyusu
Saya ada bayi berusia 9 bulan, berat 7.5kg…dilahirkan normal dengan berat 3.1kg…bayi saya menyusu susu formula…Sejak kebelakangan ini bayi sy tidak mahu makan bayi dan kurang menyusu…bayi saya minum susu 3-4oz setiap kali minum dan 4 kali atau 5 kali sahaja sehari…Untuk pengetahuan juga,bayi saya belum tumbuh gigi…bayi saya masih lagi aktif dan sihat setakat ini. Perlukah sy berjumpa doktor atau memberi vitamin untuk naikkan selera makan anak saya…

3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan ada mengenai masalah ini. Untuk pengetahuan anda, bayi 6 bulan lazimnya akan minum 3-4 kali atau sekali setiap 3-4 jam. Dan kebiasaanya, bayi akan merengek dan menangis sekiranya dia lapar.
Berbalik kepada soalan anda, jika anak anda membesar secara normal dengan nutrien yang mencukupi dan berat badan yang meningkat, tiada sebarang masalah jika dia kurang menyusu. Namun, teruskan menyusu walaupun kurang kepada anak anda. Jika dia enggan minum lansung, anda harus mendapatkan konsultasi doktor segera.
Sekiranya gejala ini masih berterusan, anda harus berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.