
aiharashid
5 tahun
Bengkak digigit serangga
Ank sy berusia 1 tahun 3 bulan. Dia mengalami bengkak dan kemerahan sekitar kawasan bengkak di paha kirinya. Pd bengkak tersebut terdapat tanda dua titik seperti digigit serangga tapi sy pasti serangga apa…cuma sy agak mungkin ia gigitan ank lipan. Pada awalnya sy tidak perasan akan bengkak itu. Kebetulan ank sy ketika itu telah mengalami demam sehari sebelumnya. Jd soalan sy, adakah gigitan ini merbahaya ? Berapa lamakah kesan bengkak ini akan pulih sepenuhnya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman tuan, terdapat beribu jenis serangga yang mungkin wujud dikawasan tempat tinggal anda. Setiap serangga mempunyai tahapan kebisaan yang berbeza-beza daripada yang biasa-biasa tak sakit sehingga kepada yang merbahaya. Justeru, tanpa mengetahui gambaran gigitan dan gambaran kondisi kulit anak anda, agak sukar untuk menentukan tahap kebahayaan gigitan tersebut.
Sebagai langkah berjaga-jaga, adalah digalakkan untuk membawa anak ke klinik agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut. Biasanya, yang paling ditakuti daripada gigitan serangga adalah sekiranya pesakit mempunyai alergi sehingga menimbulkan reaksi anafilaksis seperti sesak nafas, kemerahan, dan gatal-gatal yang hebat.
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sehingga bengkak, dikhuatiri jika dibiarkan akan memburuk. Sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.