
Sulit
3 tahun
Berat bayi yang normal
Hi doctor, anak saya lahir dengan berat 3.37kg sekarang berat anak 6kg pada usia 2 bulan. Adakah normal untuk bayi berusia 2 bulan dengan berat 6kg? Bayi saya menyusu badan dan campur formula. Thanks

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, berat bayi berusia dua bulan adalah berbeza antara bayi lelaki dan bayi perempuan. Berat normal bayi lelaki berusia dua bulan adalah 5.6 kg manakala bayi perempuan pula adalah 5.1 kg. Berat badan bayi anda adalah 6 kg dan merupakan berat badan yang normal bagi bayi berusia dua bulan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk bayi anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor