
Sulit
4 tahun
Doktor yang merawat positive covid19
Saya telah dihubungi oleh pihak klinik yg saya pergi pada 23 Sept & mereka memaklumkan Doktor yg attend saya positif covid 19.patut kah saya terus membuat ujian saringan or tunggu panggilan dr KKM utk ujian saringan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang COVID19.
Melihat kepada keterangan yang anda berikan, saya mencadangkan anda untuk meng’isolasi’kan diri anda daripada orang sekeliling termasuk ahli keluarga. Sila awasi gejala-gejala COVID19 yang biasa terjadi. Sekiranya Doktor tersebut ada melakukan rawatan secara sentuhan fizikal kepada anda, kemungkinan anda mendapat jangkitan adalah tinggi. Untuk memastikan status anda, tiada masalah sekiranya anda ingin melakukan ujian saringan dan saya amat mengesyorkan. Sila hubungi klinik terdekat atau KKM untuk mengetahui pusat ujian saringan atau anda juga boleh melakukan ujian di pusat-pusat swasta.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk makluman anda, menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:
- Demam (lebih dari 37.5 celcius)
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Sesak nafas
- Sakit badan
Selain itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sila amalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini