Sulit
4 tahun
Ingin tahu tentang selsema burung
Hi doktor! Saya ingin tanya apakah simptom selsema burung seperti COVID-19? Boleh tolong jelaskan? Terima kasih!
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, simptom selsema burung boleh mirip COVID-19 seperti:
- Batuk
- Demam
- Sakit tekak
- Sakit badan
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Oleh itu, penting untuk mengetahui faktor risiko untuk mendapat selsema burung. Anda lebih berpotensi sekiranya kawasan yang anda diami mempunyai wabak selsema burung dan anda mempunyai kontak dengan burung atau ayam yang terjangkit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.