Sulit
4 tahun
Ingin bertanya tentang selsema burung
Baru-baru ini, saya ada terdengar bahawa penyakit selsema burung datang kembali dan mula menjangkiti orang rami di China. Bolehkah saya tahu apakah simptom bagi jangkitann selsema burung ?
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, Selesema burung disebabkan oleh virus Avian Influenza A (H5N1). Virus yang biasa menjangkiti manusia adalah H1N1, H1N2 dan H3N2. Ia boleh menjangkiti manusia melalui kaedah berikut:
- Melalui kontak dengan burung liar
- Melalui kontak binatang ternakan yang dijangkiti dan juga dari hasil binatang ternakan
- pakaian, sarung kaki, kasut dan peralatan yang tercemar
- semasa memberi makan dan minum kepada burung yang dijangkiti
Pesakit akan mengalami simptom seperti:
- demam
- batuk
- Sakit tekak
- Sakit-sakit sendi
- Kesukaran bernafas
- Suara menjadi garau
Selain selsema burung, simptom yang seakan-akan jangkitan ini boleh juga disebabkan penyakit berikut:
- Jangkitan virus (influenza)
- Jangkitan bakteria
- Allergic rhinitis
- Keradangan akibat alahan
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.