Sulit
4 tahun
Soalan mengenai selsema burung (H5N1)
Salam sejahtera doktor. Saya ada baca pasal selsema H1N1, H1N2 dan H3N2. Soalan pertama saya apa H dan N tu doktor? sebab COVID kan Corona Virus Disease. Lepas tu, H5N1 selsema burung ni memang dari burung ke?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak H5N1 ini adalah sejenis virus influenza A. Nama H5N1 merujuk kepada subjenis antigen permukaan yang terdapat pada virus. ‘H’ adalah hemagglutinin dan ‘N’ adalah neuraminidase.
Selain itu, selsema ini sememangnya berasal dari burung. Ianya berlaku secara semula jadi pada unggas air liar dan boleh merebak ke haiwan domestik, seperti ayam, ayam belanda, itik dan angsa. Penyakit ini ditularkan melalui kontak dengan kotoran burung yang dijangkiti, atau rembesan dari hidung, mulut atau matanya. Selain itu, virus ini juga boleh merebak melalui daging haiwan yang tidak dimasak atau telur dari burung yang dijangkiti.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.