
Sulit
3 tahun
Kaki bengkak beberapa hari
doc, saya terlibat dengan kemalangan tetapi tidak pergi ke klinik kerana mempunyai 3 luka kecil sahaja. saya mempunyai luka di ibu jari kaki dan bengkak ini tidak surut surut walaupun sudah 4 hari saya kemalangan. apakah yang menyebabkan punca bengkak ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang bengkak pada kaki yang masih tidak surut. Untuk makluman anda, secara umum, masalah sedemikian boleh berpunca daripada:
• Trauma atau kecederaan kaki seperti luka/tulang patah/kecederaan tendon/ligamen/otot, daripada kemalangan yang dialami
Ia juga boleh diakibatkan oleh beberapa penyebab lain seperti:
• Deep vein thrombosis (DVT) iaitu bekuan darah di dalam saluran darah kaki
• Cellulitis, sejenis jangkitan kulit bakteria yang menyebabkan bengkak, kemerahan serta kesakitan. Pesakit kencing manis mempunyai risiko tinggi untuk menghidap penyakit ini
• Chronic venous insufficiency atau pembuluh darah yang telah terjejas di kaki
• Ubatan
Untuk mengetahui punca sebenar masalah ini dengan tepat, maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan susulan untuk rawatan yang sewajarnya terhadap luka akibat kemalangan yang anda hadapi. Walaupun saiz luka adalah kecil, namun, sekiranya ia tidak dirawat atau dibersihkan dengan betul, ia boleh menjadi risiko kepada jangkitan kuman. Bagi mengelak perkara ini, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan menyeluruh.
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Anda memerlukan nasihat daripada pakar? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!