
Sulit
3 tahun
Kentut bayi umur 2 bulan berbau busuk
Anak saya berusia 2 bln 28 hari tiada masalah hendak membuang air besar dan aktif.cuma saya dapati apabila dia kentut…kentut dia berbau busuk.adakah Normal kentut bayi berbau busuk?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda terhadap bau kentut yang dialami oleh anak anda. Jangan risau kerana kami akan membantu anda.
Kentut berbau merupakan perkara yang normal untuk semua orang di setiap di peringkat umur. Ia disebabkan oleh penghasilan gas oleh bakteria-bakteria di dalam usus. Selain itu, ia juga dipengaruhi oleh faktor lain, seperti:
- Pemakanan
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Sembelit
Sekiranya anak anda mengalami kentut berbau dengan kerap, sila bawanya berjumpa dengan doktor untuk diperiksa dengan lebih lanjut. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami di atas talian untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai keadaan anak anda.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.