Anonymous
5 tahun
Ketulan di pusat yang sakit
Saya wanita 21 thn. Saya mengalami sakit akibat ketulan di bahagian dalam pusat sejak 2 hari lalu. Siang td trdapat cecair yg sdikit berbau keluar dari pusat. Saya telah mendapatkan pemeriksaan dan doktor kata kemungkinan itu hnya ketulan lemak. Saiz ketulan around 1cm. Selepas pulang dari pemeriksaan saya dapati terdapat sedikit darah keluar dari pusat dan ada pepejal bewarna putih juga keluar. Adakah perlu saya mendapatkan pemeriksaan lanjut.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan bengkak bernanah
- lipoma (kumpulan lemak)
Segeralah mendapatkan rundingan daripada doktor sekiranya anda mempunyai gejala seperti demam, cairan busuk, sakit bertambah, ataupun sekiranya ketulan bertambah besar dengan sangat cepat (<7hari).
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.