
Sulit
4 tahun
Low blood pressure and high pulse
I ada low bp, tp high pulse sometimes more than 100. Dan jari ataa slalu sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tekanan darah rendah adalah apabila bacaan di bawah 90 mmHg sistolik dan 60 mmHg diastolik manakala degupan jantung yang laju adalah apabila bacaan lebih dari 100 bpm. Sekiranya masalah ini boleh berlaku seketika, ianya mungkin tidak menjadi satu masalah. Kebiasaannya masalah ini berlaku ketika perubahan osisi seerti dariada baring kepada berdiri dengan cepat.
Namun, sekiranya masalah ini berlaku untuk tempoh yang lama, ianya berkemungkinan disebabkan oleh masalah lain. Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut terutama sekali sekiranya anda ia diiringi dengan masalah seperti:
- Sesak nafas.
- Rasa pening.
- Jantung berdebar
- Mengalami sakit dada.
- Pengsan.
- Badan tidak berasa sedap secara amnya
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!