Sulit
2 tahun
Mata menjadi kabur secara tiba tiba
Saya wanita berumur 19 tahun.Saya mengalami mata yang nampak tompok tompok hitam dan selepas itu mengalami muntah muntah dan sakit kepala yang sangat teruk.Ini berlaku tidak kerap tetapi dalam jangka masa yang agak lama seperti seharian atau 2 hari.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Saya memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu mata menjadi kabur dan nampak tompok-tompok hitam. Berdasarkan keterangan anda,masalah sedemikian juga boleh berpunca daripada pelbagai perkara lain seperti:
- kencing manis
- strok
- Penggunaan contact lens dengan begitu lama
- Jangkitan kuman pada mata
- Rabun mata yang semakin meningkat atau rabun dekat yang baru
- Penggunaan ubat titik pada mata
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.