Sulit
4 tahun
Saya ingin mengetahui dengan lebih terperinci tentang masalah rabun yang boleh dihadapi oleh seseorang individu
Saya ingin mengetahui dengan lebih terperinci
- Adakah masalah rabun adalah masalah keturunan?
- Apakah jenis rabun?
- Apakah lanagkah-lanagkah untuk mengatasi masalah rabun?
- Kaedah rawatan moden apakah, yang sesuai untuk setiap masalah rabun?
- lingkungan umur berapakah yang boleh mengalami masalah rabun?huraikan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, masalah rabun boleh disebabkan oleh sama ada keturunan atau faktor-faktor lain seperti kecederaan pada mata, tekanan darah tinggi, dan juga penggunaan mata yang tidak sihat seperti menghadap gajet atau membaca pada persekitaran gelap.
Rabun terbahagi kepada 4 jenis iaitu:
- Rabun jauh
- Rabun dekat
- Presbyopia : rabun ketika berumur
- Astigmatism : rabun kedua-duanya atau rabun hanya separuh daripada penglihatan (tompok-tompok kabur)
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk memperbaiki masalah rabun ialah:
- Memakai cermin mata
- Memakai kanta lekap
- Melakukan pembedahan mata seperti LASIK ( Laser-assisted in situ keratomileusis) dan Refractive Lens Exchange Surger
- Mengawal penyakit kronik anda (jika ada) seperti diabetes, tekanan darah tinggi.
- Elakkan kecederaan.
- Kurangkan pendedahan UV pada mata dan mendapatkan pengcahayaan yang sesuai.
- Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Pada pendapat kami, pembedahan LASIK adalah pembedahan yang dikenali serta mempunyai penggunaan luas di semua masyarakat umum.
Masalah rabun boleh dihadapi oleh semua jangka umur. Sekiranya kerabunan dialami pada waktu usia muda (8-18 tahun) ia boleh disebabkan oleh keturunan. Golongan emas juga lebih tercederung untuk mengalami kerabunan pada waktu usia tua kerana lensa dalam mata boleh mengeras mengikut umur, menyebabkan ia susah untuk mengawal jarak pandangan.
Untukk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.