Sulit
4 tahun
Penglihatan kabur walaupun bercermin mata
Salam sejahtera doctoroncall. Saya wanita berusia 34 dan telah memakai cermin mata sejak sekolah menengah disebabkan rabun jauh sahaja. Namun saya tidak memakai cermin mata di rumah sejak PKP bermula. Saya blh melakukan aktiviti harian tanpa masalah di rumah. semalam saya telah memakai cermin mata semasa membuat kerja di laptop & dlm masa sama melihat hp. Namun saya dapati tulisan di hp sedikit kabur dlm jarak dekat (posisi standard pegang hp) tetapi tulisan tersebut semakin jelas jika hp semakin jauh. (Mata sedikit berair semasa penglihtan kabur semasa bercermin mata).
Jika tanpa cermin mata, saya tiada masalah penglihatan kabur untuk membaca tulisan di hp. Jadi saya keliru, adakah rabun jauh semakin bertambah, atau saya sudah mengalami rabun dekat atau ada isu2 lain?
Terima kasih.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Penglihatan kabur seperti kabus boleh disebabkan banyak perkara, antaranya:
- Penggunaan contact lens dengan begitu lama
- Jangkitan kuman pada mata
- Rabun mata yang semakin meningkat atau rabun dekat yang baru
- Penggunaan ubat titik pada mata
- strok
- kencing manis yang menjejaskan mata menjadi katarak
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.