zanty_irma
4 tahun
Penglihatan yang kurang jelas dan silau
Saya wanita berusia 38 tahun bekerja dalam bidang pentadbiran. Rutin harian saya adalah akan berdepan dengan komputer dalam tempoh waktu yang panjang. Saya mempunyai 2 masalah penglihatan:
Kesukaran melihat objek dekat di mana tulisan seperti kembang terutama semasa menulis.
Saya mempunyai masalah silau semasa memandu di mana image yang saya lihat di jalanan adalah pecah atau kelihatan berlapis.
Sehubungan itu apakah yang boleh disarankan atau solusi yang perlu dilakukan.
Sekian, terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah penglihatan yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Astigmatism merupakan suatu kelainan yang mana lekuk bola mata bahagian depan tidak rata
- Myopia/ Hyperopia rabun jauh atau dekat
- Katarak. Memandangkan katarak adalah jarang pada usia dewasa muda, pada keadaan tertentu ia dapat timbul akibat penyakit lain yang mendasari seperti trauma, diabetes (kencing manis)
Memandangkan masala penglihatan perlu dilakukan pemeriksaan lanjut untuk mengenalpasti yang mana satu kondisi diatas penyebab gejala yang anda alami, justeru anda dinasihatkan untuk merujuk doktor supaya peenyakit penglihatan anda dapat dikenalpasti.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.