
Sulit
4 tahun
Minyak kelapa dara, kencing manis, darah tinggi
Assalam… Saya umur 30 tahun… Saya nak tanya boleh x makan ubat kelapa dara ketika makan ubat darah tinggi dan ubat kencing manis?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Minyak kelapa dara boleh dimakan oleh pesakit darah tinggi dan hipertensi. Kajian menunjukkan pesakit yang minum atau menggunakan minyak kelapa dara dan bersenam boleh menurunkan tekanan darah ke tahap yang normal. Namun minyak kelapa mengandungi banyak minyak tepu. Oleh itu, penggunaannya haruslah berpada-pada juga. Minyak yang lebih disarankan adalah seperti minyak zaitun atau minyak buah alpukat. Oleh kerana minyak kelapa mengandungi rantaian asid lemak sederhana panjang, ia juga dipercayai mampu mengurangkan kadar obesiti dan ‘insulin resistance’.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.