Sulit
2 tahun
Bacaan Gula Yang Sebenar
Hi Dr , bolehkah saya tahu bacaan gula untuk normal dan diabetes yang sebenar ? Adakah waktu pagi jika belum makan 6.1 adalah normal ?
Terima Kasih .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami keinginan anda untuk mengetahui kadar gula dalam darah adakah normal atau tidak. Untuk makluman anda, bacaan gula normal terbahagi kepada dua iaitu bacaan ketika berpuasa dan tidak berpuasa. Bagi gula ketika berpuasa bacaan normal adalah di bawah 7mmol/L, dan bacaan selepas 2 jam makan dikira normal di bawah 11 mmol/L.
Bacaan 6.1 untuk sebelum makan adalah normal. Teruskan penjagaan diri agar paras gula sentiasa terkawal dan dalam lingkungan normal.
Bacaan gula dalam darah boleh berbeza bergantung kepada pelbagai faktor seperti jenis makanan yang diambil, aktiviti yang dilakukan serta tahap metabolisma seseorang.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda menilai dengan lebih lanjut keadaan yang dialami sekarang.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.