Sulit
3 tahun
Mengalami masalh kencing manis
Hai dokter,mak saya berumur 53 tahun mengalami masalah kencing manis,kaki dia ade luka tapi luka tu sudah beransur kering cuma di tapak kaki dia ada macam nanah sikit so saya nak tanye kalau pergi klinik adakah dia akan sedut nanah tu atau dia akan terus bawa ke hospital ye?tapak kaki ada nanah dan bengkak…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, rawatan utama masalah ini adalah daripada segi perubatan seperti antibiotik dan pembedahan
Disarankan untuk rujuk ke klinik mahupun hospital ynag merawat luka bagi pesakit kencing manis.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.