Sulit
3 tahun
Kencing manis aka Diabetis Jenis 2
Bapa saya berumur 58 tahun dan baru di diagnos dengan diabetes jenis 2. Bacaan awal adalah 28mM dan kemudian diberikan drip insulin untuk menurunkan kadar gula. Dan gula turun pada kadar 16mM. Di berikan preskripsi diamicron 60mg (once daily) dan glyxambi 25mg/5mg (once daily). Setelah 9 hari mengambil ubat tersebut, bacaan paras gula dlm darah melalui glucometer pada 09/11/21 @ 6am sebelum meal adalah 8.8mM. Next appointment dengan doctor adalah 16/11/21, soalan saya: Adakah perlu beliau berjumpa dengan doctor lebih awal sebab risau menjadi hypoglycemia. Atau boleh tunggu sehingga temujanji kerana hypoglycemia tak akan berlaku dengan preskripsi sekarang? Info tambahan: beliau tidak mempunyai selera makan sejak beberapa hari sebelum di diagnos mempunyai diabetis, sehingga ke hari ini. Hanya dapat menelan bubur kosong dan susu khas yg dapat mengawal gula dalam darah
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah ayah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, anda boleh menunggu sehingga tarikh temu janji seterusnya bersama doktor. Namun, jikaayah anda mengalami simptom-simptom hypoglicemia, anda dinasihatkan untuk membawa ayah anda berjumpa dengan doktor dengan kadar segera.
Antara simptom-simptom dari hypoglicemia adalah seperti berikut:
- Mudah lapar
- Mudah marah
- Susah berkonsentrasi
- Kesemutan
- Lelah
- Pening
- Gementar atau tremor
- Pucat
- Peluh dingin
- Jantung berdebar
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk ayah anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.