Sulit
3 tahun
Kencing manis saya bacaan 7 (puasa) dan 18 (minum air gula)
Saya baru disahkan mengidap kencing manis. Doktor bekalkan ubat metformin. Saya ada terbaca tentang ubat insulux. Apa komen doktor…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang ubat kencing manis metformin dan insulux. Kami akan cuba memberi penerangan.
Untuk makluman anda, ubat kencing manis diberikan kepada pesakit berdasarkan tahap kawalan gula dalam darah dan kesesuainnya terhadap pengguna. Semua ini telah dikenal pasti oleh doktor anda dan anda diberikan ubat metformin. Oleh itu anda haruslah mengambil ubat ini seperti yang disarankan dan tidak mengubah atau meninggalkan ubat ini kerana terdengar atau ingin mencuba ubat lain.
Sila rujuk doktor anda sebelum mengambil sebarang ubat atau suplemen lain seperti insulux. Ia mungkin boleh menjejaskan rawatan anda.
Kami berharap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.