Sulit
3 tahun
Mohon nasihat tentang penyakit kencing manis samada sya telah bebas dari penyakit ini
Sya lelaki yg berumur 61 tahun. Sya telah disahkan ada penyakit kencing manis pada tahun 2019 dan pada awal tahun ni sya selalu periksa tahap gula dipagi hari dimana bacaan gula sya tidak kurang 7mmol(tidak puasa). Klu puasa(8jam) bacaan gula sya 6.2 /6.5mmol.utk makluman, sya tidak ambil ubat hospital dan sya tidak alami kerap ketandusan pada malam hari,tidak dahaga dll. Adakah sya ini bebas dari penyakit kencing manis. Mohon nasihat dan pandangan dari doktor. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, kencing manis adalah penyakit sepanjang hayat, ia tidak akan sembuh sepenuh, cuma dapat dikawal dengan perubatan dan gaya hidup yang sihat. Sekiranya anda hentikan ubat anda, ia berisiko mempengaruhi kesihatan anda dengan penglibatan sistem lain.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Ketahui tentang penyakit kencing manis dengan lebih mendalam. Pakar Endokrinologi boleh membantu anda.