
Sulit
3 tahun
Rambut gugur kanak kanak
Hi doc, saya nak tanya adakah normal budak 5 tahun keguguran rambut. Hari ini baru saya perasan rambut anak gugur semasa sikat… andai kata ini tidak normal, treatment apa yang sesuai ya

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anak anda berumur 5 tahun mempunyai keguguran rambut. Kini anda bimbang jika ia sesuatu yang serius. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kanak-kanak akan mempunyai 100 helai keguguran rambut setiap hari. Walaupun begitu, terdapat banyak masalah kesihatan yang boleh menyebabkan keguguran rambut pada kanak-kanak. Contohnya adalah:
- Jangkitan pada kulit kepala
- Alopecia areata
- Trichotillomania (masalah psikiatri di mana kanak-kanak secara sengaja impulsif dan mencabut rambutnya)
- Telogen effluvium
- Kurang zat makanan
- Hipotiroid
- Kesan sampingan kemoterapi
Berikut merupakan senarai umum punca gejala yang dialami anak anda. Kami tidak dapat memberikan nasihat serta diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal. Bagi maklumat lanjut, kami sarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor kami secara atas talian.
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.