
fieqazatie
3 tahun
Sakit Bahu sebelah kiri
Hi dr,
Pada awalnya saya hanya sakit bahu belah kiri macam biasa. And starting tu saya pakai salonpas and then tukar ke yoko yoko, tapi bahu saya sakit dah dekat seminggu. Sakit dia makin meningkat dari leher belah kiri turun ke bahu kiri dan turun ke seluruh tangan kiri saya. Rasa berdenyut dan tak selesa untuk lakukan aktiviti harian. Saya dah try light exercise untuk kurangkan ketengangan bahu tapi still tak jalan, dah letak ais/salonpas. Dah dekat seminggu and it getting worser. Boleh saya tau apa patut saya buat untuk kurangkan/hilang sakit bahu ni? Sebab nak tidur/kerja pon still rasa sakit dan berdenyut.
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
ai, Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- penggunaan tangan yang terlalu banyak
- postur melakukan pekerjaan yang salah
- tekanan kepada saraf kerana postur seperti dalam student’s elbow
- masalah saraf seperti sindrom carpal tunnel, nerve palsy
- masalah otot
- terseliuh tulang bahu atau mana-mana struktur tulang dalam tangan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.