
Sulit
4 tahun
Senggugut yang teramat sakit. sehingga rasa nak pengsan
Assalamualaikum/ salam sejahtera
Dr… saya fatimah berusia 24 tahun dan bujang. Saya sering mengalami senggugut yang sangat teruk. Saya muntah2, cirit birit dan sampai tahap nak pengsan. Kadang2 dalam setahun berlaku setiap bulan straight kadang2 gilir2 bulan. Adakah sakit ini akan berterusan walaupun saya dah kahwin? dan adakah ini normal? sehinggakan saya rasa takut nak bersalin… dan saya ada sejarah keluarga yang mempunyai kanser rahim adakah ia berkaitan dengan senggugut teruk yang saya alami? Bantu saya dr…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu senggugut atau dismenorea. Untuk makluman anda, senggugut biasanya diklasifikasikan kepada dua jenis:
- Sengugut primer
Berlaku sehari atau dua sebelum datang haid dan sehari atau dua ketika haid. Sengugut jenis ini disebabkan oleh bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim, dan ianya adalah biasa terjadi pada wanita.
- Sengugut sekunder
Sengugut jenis ini pula berlaku sepanjang haid dan ia mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan lain seperti:
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Seandainya sakit yang dirasakan adalah berlebihan sehingga boleh menyebabkan rutin harian dan pekerjaan anda terganggu, maka adalah amat digalakkan untuk anda mendapatkan rawatan lanjut.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda boleh mencuba perkara-perkara ini untuk mengurangkan kesakitan ketika haid seperti:
- menggunakan pad panas
- memandi dengan air pada suhu yang suam
- bersenam selalu
- memakan makanan yang lebih berkhasiat, minum banyak air putih
- kurangkan pengambilan gula dan kaffein
Anda masih risau tentang senggugut ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.