
kingasbro
4 tahun
Siku kanan terasa sengal
Siku kanan saya tiada kecederaan luaran, tapi isi dalam terasa ngilu/sengal bila digerakkan. Namun tidaklah terlalu sakit. Malah aktiviti saya kerap menggunakan komputer di meja.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Carpal tunnel syndrome
- Saraf tersepit
- Keradangan sendi
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila bertemu doktor dengan segera sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Pergerakan tangan terbatas
- Sakit
- Keradangan
- Sendi bengkak atau kembang
- Gejala mengganggu aktiviti harian
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.