
Sulit
2 tahun
Suppliment Viartril utk Osteo
Bolehkah pesakit buah pingang tahap 2 mengambil suppliment Viartril-S 500

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui kenyataan anda diatas, anda ingin mengetahui jika pesakit buah pinggang boleh mengambil suplemen Viartril-S 500. Saya akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, penjagaan makanan serta rawatan bagi pesakit buah pinggang dikategorikan berdasarkan tahap kerosakan buah pinggang. Pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang digalakkan untuk semua pesakit untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kesihatan.
Pengambilan nutrient tambahan ataupun suplemen seperti Viatril perlulah dilakukan setelah mendapatkan konsultasi doktor berdasarkan tahap kesihatan anda. Berdasarkan keputusan ujian saringan serta penelitian gaya hidup anda, kesesuaian pengambilan suplemen boleh ditentukan.
Oleh sebab itu, saya sarankan anda untuk mendapatkan konsultasi dengan doktor terdahulu untuk mendapatkan nasihat yang sesuai untuk kesihatan anda.
Saya berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.