nadiahsaiman91

4 tahun

Susu formula bawa bala

Hi doktor…saya ada terbaca di fb dari Hafiz Sulaiman yang mengatakan susu formula bayi membawa bala. Boleh doktor terangkan tak?

SUSU FORMULA JENIS BAWA BALA

Kita faham, ada ibu yang terpaksa beri susu formula pada bayi dan anak kecil atas sebab yang saya taknak debatkan.
.

Saya cuma mohon sangat ibu-ibu beri perhatian pada susu formula yang mengandungi kanji MALTODEXTRIN.
.

Tolong sangat tengok label. jangan terberi bayi atau anak kecil susu formula yang kesan negatifnya lebih dahsyat daripada gula putih atau sirap jagung ni.

.
Gula pasir, indeks glisemik baru sekitar 60-80. Gula glukosa pure, indeks glisemik 100. Kanji maltodextrin ni 100-136!

Apa maknanya?

Hampir 2 kali ganda lagi cepat serap berbanding gula pasir tuan puan ye. Mencanak naik gula…kanji maltodextrin ialah antara bahan paling mudah tinggikan gula darah di dunia ini.

.

Sebab tu jangan hairan bila ada anak hiperaktif sangat…mengamuk sokmo cepat sentap. Berat badan pun naik…nafsu makan susah kawal.

Kecik-kecik zaman sekarang dah ada kanser. Alahan macam ekzema, resdung dan asma berleluasa. Paras gula yang tinggi memang menyebabkan keradangan dan risiko penyakit dia atas.
.

Malah kanji maltodextrin ada kesan khas iaitu mengganggu kuman usus. Kuman jahat E. Coli dan Salmonella yang sebabkan penyakit berkembang biak pesat. Kuman usus yang bina imuniti pula mati katak sebab overdose maltodextrin.

.
Maltodextrin ni takde warna, rasa dan TIADA ZAT LANSUNG. Kalori semata-mata. Alasan tambahkan berat badan tak valid, sebab cara ni tak sihat langsung.

.
Jika tiada alternatif selain susu formula, tengok label… Elakkan susu dengan kandungan maltodextrin pada susunan 3 terawal label kandungan.

.
Breast milk is the best. Tapi jika terpaksa, jangan pulak terpilih yang paling binasa.

.
.

Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Terima kasih tuan/puan atas pertanyaan anda.

Isu mengenai penggunaan Matodextrin ini adalah isu yang telah dikaji dan mendapat ulasan saintifik oleh pakar pemakanan serta doktor-doktor seluruh dunia. Maltodextrin adalah komponen karbohidrat yang menjadi sumber gula kepada kebanyakkan susu formula diluar sana. Penggunaannya adalah kerana faktor penyerapan didalam badan yang lebih mudah berbanding sumber karbohidrat yang lain termasuklah glukosa dan laktosa. Disebabkan penyerapannya didalam sistem pencernaan bayi/kanak-kanak kecil yang lebih laju, kadar gula akan naik cepat.

NAMUN begitu, bayi dan kanak-kanak tidak ada sistem penyimpanan karbohidrat yang efektif dan ini sememangnya antara tujuan penggunaan bahan ini kerana kanak-kanak kecil/bayi memerlukan tenaga yang banyak terutamanya organ otak bagi tumbesaran yang lancar kerana otak hanya menerima GULA sahaja sebagai sumber tenaga dan tiada simpanan pada otak juga. Maltodextrin juga tidak diletakkan secara dos berlebihan didalam susu formula, yang hanya berlebihan adalah pemberian susu tidak mengikut keperluan.

Bagi menjawab soalan ini lebih mendalam adalah lebih baik anda dapatkan nasihat serta maklumat daripada pakar nutrisi ataupun pakar kanak-kanak dan bukannya pejuang media sosial yang tidak diketahui asal-usul pendidikan dan niat mereka. Sekian.

adorable-21998_640

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)