
Sulit
3 tahun
Susu Formula berperisa
Salam sejahtera, saya merupakan seorang wanita berusia 26tahun yg baru sahaja bergelar ibu. saya ingin tahu adakah dibenarkan memberi susu formula berperisa seperti madu atau coklat kepada kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas?Apakah kesan sampingan baik/buruk terhadap kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas? Seperti yang kita tahu terdapat pelbagai jenama susu formula yg berperisa coklat dan madu diperkenalkan di pasaran. Sebagai salah satu contoh susu formula berjenama Dutch Lady Curious 1-2tahun perisa asli/madu/coklat, Dutch Lady 123 perisa asli/madu/coklat & lain-lain. Hal ini kerana, anak saya seperti tidak mahu minum susu putih walaupun telah banyak kali mencuba menukar jenama susu dan jenis botol serta puting botol. Tetpi, anak saya hanya minum susu apabila saya menyuapnya menggunakan sudu. Disebabkan perkara sebegini, saya ingin mencuba memberikan anak saya minum susu formula berperisa tetapi suami saya tidak membenarkan kerana suami saya menyatakan bahawa pengambilan susu formula berperisa menyebabkan pertumbuhan tulang tidak berkembang. Oleh itu, diharap pihak tuan/puan dapat memberi maklum balas dan penerangan tentang perkara di atas. Sekian, terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kerisauan anda tentang susu formula berperisa, sama ada ianya boleh diberikan kepada anak anda ataupun tidak. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, secara umum, jika susu formula berperisa yang anda maksudkan memang dikhususkan pemberian bagi kanak-kanak seperti usia anak anda, maka ia tidak menjadi masalah. Kandungan khasiat susu formula berperisa adalah sama seperti susu formula, akan tetapi, ditambah perisa atau jumlah gula yang dibenarkan. Hal ini penting untuk anda memilih jenis susu yang sesuai dengan usia anak anda. Ia juga tidak menyekat pertumbuhan tulang.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang hal ini, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami secara atas talian.
Semoga penerangan ini menjawab pertanyaan anda. Sila hubungi pihak kami sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.