
Sulit
4 tahun
Susu formula punca sembelit atau x serasi
Ank saya baru bertukar susu sejak seminggu yg lalu . Tapi ary nie masuk ary ketiga dye x berak . Adakah itu normal

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah tidak berak atau konstipasi yang dihadapi oleh anak anda. Untuk makluman anda, penukaran susu boleh menjadi salah satu sebab berlakunya konstipasi kerana usus bayi mempunyai tahap penghadaman yang masih belum cukup matang untuk mencerna jenis susu yang baharu terutama sekali sekiranya anda menukar dari memberi susu badan ke susu formula.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Selalunya, konstipasi yang dihadapi oleh seorang bayi berlaku selama 5-10 hari, dan ini merupakan petanda masalah yang serious. Kadangkala, bayi boleh tidak berak untuk beberapa hari kerana otot abdomen mereka masih lemah. Ia akan nampak normal sekiranya anak anda kuat meneran dan menangis sehingga merah muka ketika ingin membuang air besar. Namun, kami sarankan anda untuk memantau simptom-simptom yang boleh terjadi pada anak anda sekiranya ia mempunyai konstipasi yang serius seperti:
- Najis yang keras dan kering
- Berak yang sangat sukar dan tidak selesa
- Sakit perut sekiranya terdapat pergerakan usus
- Terdapat najis pada darah
- Muntah-muntah atau muntah hijau
- Demam dan suhu badan tinggi
Sekiranya anak anda mengalami simptom-simptom tersebut, kami sarankan anda berjumpa dengan pakar kanak-kanak anda yang terdekat kerana ia boleh disebabkan oleh penyakit usus yang boleh menjejas kesihatan bayi sekiranya tidak diberi perhatian.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.