
Sulit
4 tahun
Tablet adezio boleh tsk di beri pada kanak kanak yang berumur 8 tahun
Slmt pg… Sy nk tny… Tablet adezio yg untuk selsema tu, boleh tak di beri kn pd knk² umur 8 thn… Sbb ank sy kerap selsema…hrp doc dpt berikn pencerahan mengenai nye…t. kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, adezio merupakan ubat kategori antihistamin yang boleh meredakan selsema untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak. Untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun, ada pilihan adezio samada dalam bentuk tablet ataupun cecair (sirup). Namun begitu, dos ubat pada kanak-kanak berbeza berbanding orang dewasa. Justeru, saya mengesyorkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan fizikla keatas anak anda supaya rawatan yang lebih tepat dapat diberikan. Ketidak tepatan dos ubat yang dimakan boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih