
Sulit
4 tahun
Tangan Menggigil Apabila Genggam Tangan
Saya berumur 25 tahun, tangan kebas dan apabila saya genggam penumbuk, terus menggigil tangan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat tengahari. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu tangan menggigil. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kepenatan atau kurang berehat atau kurang tidur atau tekanan hidup/stres
- Pengambilan minuman berkafein
- Kekurangan gula didalam badan
- Stroke angin ahmar
- Penyakit Parkinson
- Multiple Sclerosis (Serangan Autoimun kepada otak dan saraf)
- Hyperthyroidism
- Pengambilan alkohol
Sekiranya masalah menggigil ini berterusan dan bertambah teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih