
Sulit
4 tahun
Tangan menggigil tanpa sebab
Selamat sejahtera,Sye remaja perempuan berumur 17 tahun, tangan saye srring menggigil tanpa sebab, walaupun sye tidak bedebar or merisaukan something still menggigil, adekah ini dinamakan sebagai anxiety??

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, gejala tangan mengigil boleh berlaku disebabkan anxiety tetapi terdapat masalah lain yang boleh menyebabkan tangan menggigil seperti:
- Penyakit tiroid - seperti hipertiroid
- Penyakit lebihan adrenalin - seperti Phaechromocytoma
- Masalah hati - juga boleh menyebabkan menggigil yang digelar “asterixis”
- Kurang gula - boleh terjadi pada pesakit diabetes jenis 1
- Anemia (kurang sel darah merah)
Untuk makluman anda, antara simptom-simptom lain anxiety atau keresahan adalah seperti berikut:
- bimbang sepanjang masa
- sukar tidur
- ketegangan otot
- masalah penghadaman yang kronik
- sesak nafas
- jantung berdebar
- sakit kepala
- tangan atau kaki terasa kebas
- nafas laju
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.