
Sulit
4 tahun
Tapak kaki jadi tebal & sakit
Umur awal 50an kulit tapak kaki jadi tebal sakit dan terasa gatal bila ditekan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan yang anda hadapi iaitu sakit tapak kaki. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, fascia / tisu pada tapak kaki terdiri daripada jalur berserabut tisu tebal di bahagian tapak kaki. Ia melapisi dari tumit ke pangkal jari kaki. Ia juga bertindak seperti getah untuk mewujudkan ketegangan dan mengekalkan bentuk kaki.
Anda lebih cenderung untuk mencederakan fascia plantar anda dalam keadaan tertentu. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan sakit pada tapak kaki, sebagai contoh:
- Jika anda banyak berjalan, berlari, berdiri (aktiviti berterusan yang melebihi 1 jam).
- Jika anda mempunyai postur kaki yang lemah (bentuk tapak kaki yang leper atau tinggi).
- Jika anda mempunyai kaki atau sendi pergelangan yang keras.
- Jika anda mempunyai kelemahan otot (terutama otot betis).
- Jika terdapat penggunaan yang berlebihan pada kaki atau regangan secara tiba-tiba pada tapak kaki. (Contoh: latihan yang tidak sesuai atau berlebihan, atlet yang meningkatkan latihan intensiti berjalan atau jarak dengan mendadak).
- Jika anda mempunyai otot yang ketat (terutama otot betis).
- Jika anda mempunyai berat badan berlebihan (ini akan meletakkan tekanan tambahan pada tumit anda).
- Jika anda mempunyai perbezaan panjang kaki.
- Jika anda telah memakai kasut dengan span yang berkurangan atau sokongan yang lemah pada bentuk kaki. (Elakkan memakai kasut yang longgar dengan tapak yang nipis).
Di samping itu, anda juga boleh mencuba regangan pada tapak kaki untuk melegakan rasa sakit yang anda alami. Langkah-langkah regangan adalah seperti berikut:
- Duduk di atas kerusi dan silangkan kaki atas lutut anda yang lain.
- Bengkokkan pangkal jari anda dan tarik ia ke arah badan anda sehingga anda rasa regangan yang selesa.
- Tahan regangan tidak kurang daripada 30 saat.
- Ulangi latihan ini 5 hingga 10 kali dengan regangan yang sedikit dan sederhana dan tanpa sakit.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih