
khairi
6 tahun
Tetiba masa saya jogging ada cam sakit dada
saya ada pedih ulu hati untuk lebih setahun, dr. tapi last month kolestrol saya tinggi gak tapi dr tak bagi ubat. Tetiba masa saya jogging ada cam sakit dada, adakah itu sakit jantung dr? saya risau…

3 tahun
Selamat pagi! Terima kasih kerana bertanyakan soalan.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit dada di sebelah kiri termasuk:
- Penyakit jantung
- Penyakit paru-paru
- Pedih ulu hati
- Penyakit tulang
- Kayap
Sakit dada yang berlaku semasa jogging boleh disebabkan oleh mana-mana satu punca yang disenaraikan.
Berdasarkan kenyataan anda, risiko anda untuk menghidap penyakit jantung adalah lebih tinggi sekiranya anda mempunyai faktor-faktor risiko untuk menghidap penyakit jantung seperti:
• Usia yang lebih tua
• Anggota keluarga yang menghidap penyakit jantung
• Darah tinggi
• Kencing manis
• Kolesterol tinggi
• Penyakit buah pinggang
• Merokok
• Berat badan berlebihan
• Kekurangan senaman
Doktor anda tidak memberi ubat kolesterol kepada anda kerana mungkin beliau berpendapat bahawa paras kolesterol anda masih boleh direndahkan dengan amalan gaya hidup sihat tanpa memerlukan ubat.
Namun demikian, sakit dada boleh menjadi tanda kepada penyakit yang serius. Oleh itu, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin agar punca kepada masalah anda boleh dikesan dan dirawat seawal mungkin.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!

3 tahun
Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.
Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan sakit dada. Seperti yang anda telah nyatakan, anda mempunyai kadar kolesterol yang tinggi.
Ini menyebabkan anda berisiko menghidap penyakit jantung. Penyakit arteri koronari berlaku apabila saluran darah utama yang membekalkan jantung anda dengan darah, oksigen dan nutrien (arteri koronari) menjadi kecil.
Penyakit arteri koronari adalah selalunya disebabakan oleh deposit kolesterol(plak) pada dinding arteri anda yang boleh menyebabkan pengaliran darah ke otot jantung berkurangan.
Akhirnya, aliran darah yang menurun boleh menyebabkan sakit dada (angina), sesak nafas, atau gejala penyakit arteri koronari yang lain. Penyumbatan penuh boleh menyebabkan serangan jantung.
Sakit dada juga boleh disebabkan penyakit lain seperti kecederaan otot dada atau masalah paru-paru.
Sakit jantung boleh menyebabkan maut. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera supaya anda boleh mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!