
Sulit
4 tahun
Tulang Belakang Bayi Berusia 3 Bulan 3 Minggu Berbunyi
Assalamualaikum Doktor, semalam saya mendukung anak saya sebelah tangan sebab sebelah tangan lagi pegang barang. Tiba-tiba anak saya aktif sangat & dia menolak badanya ke belakang sehingga hampir jatuh, nasib baik saya sempat sambut & tahan tetapi sewaktu saya menahannya, tulang belakangnya berbunyi sedikit & dia pun menangis sekejap. Saya tak tahu dia menangis sebab rasa sakit atau terkejut? Selepas beberapa minit dia dah okey. Saya risau keadaan tulang belakangnya. Adakah akan ada kesan lain yang akan dia hadapi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang keadaan tulang belakang bayi anda yang berbunyi. Untuk makluman anda, perkara berkemungkinan berlaku akibat bunyi yang terjadi berasal daripada gesekan antara tulang dan tendon. Pada sendi/celahan tulang terdapat cairan sendi yang mengandungi gas oksigen, karbon dioksida dan nitrogen. Pelepasan udara-udara tersebut secara tiba-tiba dapat terjadi apabila dipicu oleh gerakan yang dilakukan secara menghentak atau tiba-tiba. Justeru, pelepasan udara tersebut akan menghasilkan bunyi. Hal ini tidak perlu dibimbangkan kecuali jika bayi anda mengalami gejala seperti:
- bayi kerap menangis
- terdapat bahagian badan bayi yang kelihatan seperti sukar digerakkannya
- terdapat tanda keradangan seperti bengkak, panas, kemerahan
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Untuk info lanjut, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih