sjnnaruto874
5 tahun
Ubat candida v1 untuk penyakit apa
Ubat candida v1 untuk penyakit apa sbnarnya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat Candid V1 biasanya digunakan untuk merawat masalah kandidiasis di faraj. Ubat ini boleh didapatkan dari farmasi tanpa preskripsi doktor. Bagaimanapun, sebaiknya diagnosis sebenar penyebab masalah anda dikenalpasti sebelum memulai penggunaan ubat ini.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.