Sulit
5 tahun
Jangkitan kandidaisis
boleh doktor terangkan dgn lebih details apa itu jangkitan kandidaisis. symptoms dan adakan penyakit ini berbahaya? terima kasih.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Jangkitan kandidiasis adalah sejenis jangkitan yang disebabkan oleh kulat Candida albicans. Antara punca kepada terjadinya jangkitan ini adalah seperti imun lemah, penyakit kencing manis, anemia, penggunaan antibiotik berpanjangan dan penggunaan ubat steroid berpanjangan.
Antara gejala-gejala penyakit ini adalah:
- Keputihan dan kegatalan pada kemaluan
- Sakit ketika melakukan hubungan kelamin atau kencing
Penyakit ini bukanlah penyakit kelamin seperti klamidia atau gonorrhoea. Ianya boleh dirawat menggunakan ubat anti-kulat serta kaedah penjagaan kemaluan yang baik. Sekiranya anda berasa anda mempunyai masalah ini, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.