mizzato_ess
5 tahun
Lapisan putih di bibir
Anak sy berumur 1tahun 7bln…beberapa hari lepas,bibir anak sy ada lapisan putih…selepas dibersihkan,masih ada kembali lapisan tersebut… sy ade memeriksa sendiri mulut anak sy dan dapati kawasan luar bibir ada bintik2 merah…kawasan dalam bibir dan lidah ade kesan2 putih(tak sakit) dan bahagian tekak ada 2 bintik putih…adakah itu tanda2 difteria atau penyakit lain?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah bibir berlapisan putih yang dihadapi oleh anak anda boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- oral thrush
- apthous ulcers
- pediatric candidiasis (fungal infection)
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anak anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anak anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih