Sulit
5 tahun
Ulser kt bibir faraj
Disebabkn sy garu bibir faraj mula jd mcm ulser ada 3biji bintik putih sama mcm ulser kt mulut…bantu sy
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bintik putih di kemaluan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Variasi kulit yang normal pada faraj
- Jangkitan kulat pada faraj (tinea versicolor, pityriasis versicolor, kandidiasis)
- Jerawat pada faraj
- Tindakbalas alahan
- Jangkitan kelamin seperti Herpes Simplex
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak beberapa hari, dan dapat menganggu kondisi kulit anda secara fungsional mahupun kosmetik, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.