
Sulit
4 tahun
Ubat Gigi sesuai untuk kanak kanak G6PD
Saya mencari ubat Gigi Yang sesuai untuk anak saya berusia setahun 3 Bulan ,G6PD deficiency

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, G6PD adalah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan. Penyakit yang diakibatkan kekurangan enzim G6PD akan menyebabkan masalah kesihatan. Senarai ubat-ubatan, bahan dan makanan yang perlu dielakkan terlalu banyak untuk disenaraikan. Antaranya ialah:
Bahan yang perlu dielakkan:
- Ubat gegat (moth balls)
- Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium
Ubat yang perlu dielakkan:
- Acetanilide
- Doxorubicin
- Furazolidene
- Methylene Blue
- Nalidixic acid
- Niridazole
- Nitrofurantoin
- Phenozopyridine
- Primaquine
- Sulfamethoxazole
- Bactrim
Bagi ubat gigi, sukar untuk kami nyatakan secara spesifik yang mana yang sesuai untuk anak anda, kerana ianya bergantung dengan bahan yang terkandung dalam ubat gigi tersebut mungkin berlainan mengikut jenama. Oleh itu, selalulah berbincang dengan doktor jika ingin menggunakan ubat yang baru ataupun tidak dikenali bagi mengelakkan sebarang komplikasi.
Namun, sekiranya anak anda mengalami gejala seperti dibawah, anda disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor:
- kelihatan pucat
- tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
- pening
- degupan jantung yang laju
- sukar bernafas
- sakit dada
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih